sejarah:siapa bohong siapa???

Posted: Thursday, September 17, 2009 by arjuna_jiwa in
1

hurm...mungkin sudah lama penulis simpan kisah ni..kisah yang dianggap sudah basi oleh sesetengah pihak..namun,bagi penulis hal ni bukan basi,bukan busuk seperti buah yang da berulat,tapi satu isu yang kita tidak sedar dalam rona kehidupan kita.'setiap apa yang kita buat itu adalh sejarah...'tergiang-giang kata-kata ckgu munasir di fikiran penulis pada suatu malam.. mungkin betul apa yg dikatakan oleh guru tersebut,sejarah adalh sejarah,yang ditulis unutk rujukan pada masa akan datang..itu pandangan penulis,mungkin pandangan ini kurang tepat atau tak betull.terpulang pada yang membaca. isu sejarah siapa bohong siapa sudah lama diperkatakan.tidak tahu yang mana benar yang mana salah.ketika penulis menjawab soalan kertas sejarah asia dan malaysia,terlintas di fikiran penulis tentang sejarah kita,yakni sejarah melayu,yang banyak versinya.dari versi asal,TUN SERI LANANG,dibawa pula oleh MUNSYI ABDULLAH dan akhir sekali adalh G.SHELLIBEAR.Entah apa yang bezanya terhadap ketiga2 versi ini,yang menyebabkan para pengkaji kita sanggup ke london untuk mengkaji teks tersebut, walaupun kita tahu bahawa 'kitab' itu 'kitab kita'.
justeru..kenapa perlu isu ini timbul?isu ini timbul apabila ada sesetnegah pihak mengatakan bahawa sejarah telah menipu kita,sejarah telah menyebabkan kita telah diubah dengan fahaman sejarah tersebut.tertanya2 penulis,fahaman apa yang diubah dan di bawa dalam kitab sejarah melayu??apa yang tela terubah dan diubah?penulis mengkaji dari sudut yang berbeza setiap sudut ada fakta dan auta.jadi..yang mana sudut yang betul??bagi penulis apa yang diperkatakan oleh orang tersebut adalh salah satu permikiran yang singkat.yang tidak kenal asal usul sejarah tersebut.sejarah dicatat memastikan bahawa generasi akan datang tahu tentang kehidupan,peristiwa,suasana pada waktu yang telah pun dicatatkan dan menjadi sejarah..apa yang pelik,kenapa menuduh sejarah menipu kita??sesetengah pihak pula mengatakan bahawa sejarah tidak menipu,tapi kita yang tipu sejarah,ya...mungkin itu jawapan yang tepat.kerana hal ini telah terbukti pada masa sekarang,sejarah yang telah dicatat diubah melalui lisan, diceritakan
melalui filem,diubah sesuka hati kerana untung dan wang ringgit,akhir sekali sejarah kita tiada maruah,seperti barang yang telah 'dilacurkan'oleh pembawa cerita yang kononya mereka mempunyai cerita sejarah yang sebenar,padahal sebenarnya mereka lah yang menelanjangkan sejarah,mereka cerita dengans sesuka hati tanpa ada rujukan yang telah lama ada di depan mata tapi kita tidak nampak,hang tuah tidak bercinta dengan puteri gunung ledang,bayangkan, adakah lojik akal fikiran apabila hang tuah yang sudah tidak mampu pergi ke puncak gunung ledang kerana sudah uzur benar(dalm sejarah melayu) bercinta dengan puteri gunung ledang yang cantik??tapi kerana duit,glamor,ia diubah,maka terkeluarlah kata-kata sinis yang memang tidak menyukai sejrah..'hang tuah kaki perempuan,hang tuah pantang nampak dahi licin,sapu aje,hang tuah bodoh' dan sebagainya.itulah yang dimahukan oleh sestengah pihak samada sedar atau tidak,ia telah mencemarkan maruah tuah,maruah melayu,kerana tuah dilambangkan sebagai ketua bagi orang-orang melayu,maruah melayu dan raja-raja melayu.justeru,apa yang hendak dilakukan oleh pemegang sejarah??mereka mengkritik cerita tersebut,kerana ia bukan sejarah,tapi auta,kerana adahulu orang melayu berpengang pada adat dan adab,tidak sesekali melanggar adat dan adab seharian mereka.namun apabila sejarah diubah,maka ia telah terjaid sebaliknya,seolah-olah orang kita tidak ada adab dan adab..mana akal fikiran waras kita?kita mngubah apa yang tidak patut diubah,kiat menjadikan sejaqrah sebagai pelacur dijalanan,dikutip dan diubah sesuka hati.kita berperang dengan dua golongan,satu golongan yang mengubah sejarah dan satu lagi golongan yang faham apa erti sejarah.tanya diri kita,kita dipihak mana?yang ini atau yang itu.terpulang pada empunya diri.penulis hanya duduk 'ditepi'menanti jawapan yang sudah pasti 'membakar diri' penulis.
apabila sejarah diubah,apabila dua golongan ini 'berperang'dengan fakta dan auta masing-masing,maka timbul persoalan,siapa bohong siapa??disini lah kunci bagi setiap jawapan, yang terbungkang di depan mata perlu dibuka,dibaca dan dikaji.agar tidak ada golongan yang tersesat dengan auta mereka.sejarah telah membuktikan bahawa penduduk di tanah melayu(malaysia, indonesia,selatan thai,dan kepulauan yang berhampiran) mempunyai adab dan adab yang tinggi, kedatangan islam meyebabkan kita di gelar melayu islam,islam yang membawa sinar yang hakiki di akhirat nanti.kita ada adab,kenapa perlu dipadam walaupun telah tertulis dalm sejarah?kita ada adat,kenapa dihapuskan dalm sejarah?tepuk dada tanya selera.kerana yang mengubah semua itu bukan sejarah,tapi kita yang mengubahnya..renungkan...